THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday 12 August 2011

Nak jadi pekerja Tesco secara tidak langsung?

Aku pergi Tesco
selepas berbuka di Mcd ngan Abe (Nik), Qiz ngn Bobi
Lepas tu masa nak masuk pintu utama Tesco
Tiba-tiba lak
Ada abang ni bagi flyers krim2
Pastu tarik tangan Qis..
Adat la tu nak suruh beli barang dia
Lepas sapu-sapu
Dia suruh beli RM10
Qiz bijak cakap amik duit dulu padahal kitorang nak cau pintu lain
Ok kitorang pun masuk pasaraya besar Tesco
Selang berapa minit aku lalu sebelah cina tengah cakap telefon
pastu dia tunjukkan aku cermin suruh angkat barang dalam kotak cermin tu
Kompem dia telah melihat aku memakai tag Unisel
Dia ingat aku kerja situ
Aku apa lagi ngoyat (cakap) la: Im not working here sorry.
Terus belah
Dia muka selamba kompem da malu cari orang yang sebenar..
Ha begitu kalau anda nak dilayan seperti saya
Menjadi pekerja Tesco secara tidak langsung sekian mekasih ya!

Sunday 7 August 2011

~Bukan niatku tak nak beritahu~

Dia bertanya
siapa?
Aku menjawab
rahsia
dia bercakap
tak apa kau tak nak bagitau
asalkan kau (aku) bahagia
bye..
Hurm mcm mn aku nk beritau
kerana jawapan adalah dirimu
tapi ada orang asal mengharap cintamu
aku ni kang jadi penghalang
itu tidak boleh aku lakukan

Jadi aku pendam.. Kadang2 Sebak
Oh Allah.. Tenangkanlah jiwaku

Friday 29 July 2011

~Cabaran Ramadhan Kali Ini Penuh Cabar~

Ya Allah aku berdoa kepadamu agar Ramadhan kali ini terlaksanalah impian aku
Yang nak mengurangkan berat badan
Di samping itu aku akan penuhkan ibadat dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
Selamatkan diri aku dari Hawa Nafsu yang tak keruan Ya Allah
Lindungi Bulan Ramadhan kami dengan agar hindari daripada masalah Ya Allah
Semoga kau berkati Ramadhan aku pada tahun ini
InsyaAllah aku akan cuba cukup terawihku pada tahun ini dan tahun seterusnya
Amin amin ya rahman amin amin ya rahim
Amin ya robbal alamin......

Selamat Berpuasa kepada Semua Daripada Hafran Aslam@Zaf_Unisel@Apan_Sedare.
Puasa Jangan Tak Puasa
Terawih Jangan Tak Terawih
Serang Bazar!!! eh?? Kata nak kurangkan berat badan.. hehehehe ^_^

Wednesday 27 July 2011

~Puasa datang lagi bersyukurlah semua~

Bulan puasa datang lagi
Syukurlah semua
Syaitan di ikat
Nafsu tak terikat
Cubalah kawal
Perkara yang dihadkan
Kita fokus pada bulan yang mulia ini
Sama-sama berpuasa
Dan mengawal nafsu
Masing-masing

Ada satu aku kena kawal
Ya Allah agar aku dapat hadapinya dengan kuat
Amin.....~

Wednesday 20 July 2011

Tragedi 21 Julai 2011 (Pasal Jadual Pra Sekolah)

Kami kalau ikut, kena ikut jadual kat fakulti
tapi perkara itu sebenar tak betul
sejak kelas pengajian Islam
sejak haritu ktua kohort
cari jadual yang sebenar
pastu dia jumpa encik rani
bersama pensyarah pengajian islam
dia kena marah dengan encik rani
tapi aku dah cakap kat dia
kalau nak cari bawak aku sekali
aku RASA BERSALAH TAK TOLONG
macam aku ni duduk saja-saja
macam tak mulakan sesuatu!!!
aku tengah marah semasa menulis blog ini
SYAITAN PERGILAH JAUH-JAUH!!!
aku nak tenang...

Ya Allah tolonglah kami selesai perkara ini secepat mungkin AMIN YA ROBBAL ALAMIN!

Siaran Televisyen Malaysia mendapat signal Siaran Indonesia

Semalam tv dekat hostel buat hal
ariel besi tu berkecamuk
sebab perubahan tempat tv
dari sofa ke kerusi
pastu masa dah elok sikit
tiba-tiba siaran yang sepatutnya
tayang di Indonesia keluar di tv hostel kami
mula-mula dia keluar siaran "Indosiar"


selapas itu "TRANS|7"

dan SCTV juga Metro Tv.


Sungguh terkejut juga kami
tapi si Nik (Kawan hostel aku dan 1 course) macam dah tau tentang kerjaan Malaysia
buat pertukaran siaran dengan Indonesia
sejak bila?
Aku selalu bukak tv time cuti takde pulak dia bagitau dalam berita pelik
apa pon hari ini hilang siaran Indonesia tu
nanti aku cari lagi
mungkin Allah makbul doa aku
sebab memang aku nak tengok siaran Indonesia

Indonesia-Malaysia Sahabat FOREVER ah!!!

Tuesday 19 July 2011

Imaginasi Future Anak Aku dan Dia

Aku berada di dalam sebuah kelas di Unisel
Kelas semua group bergabung
Pensyarah sedang mengajar
Tiba-tiba pintu hadapan di buka
Meluru masuk 2 budak kecik kembar yang comel


Keadaan itu meluru mata semua kelas melihat mereka
Yang tiba-tiba datang ke arahku
dan memanggilku
PAPA?
Semua memandang ku dan bercakap diantara satu sama lain
budak kecik kembar itu aku tidak kenali
Kawan aku dekat sebelah tanya: Kau dah kawin?
Mestilah aku cakap belum dan tak kenal si kembar ini
Tiba-tiba kembar itu melihat seorang perempuan di dalam kelas
dan berkata
MAMA!
dan pergi ke arah perempuan itu
perempuan itu pun kehairanan seperti ku
aku melihat dan teliti siapakah dia
Aik?

Rupanya dia..

Aku suka seseorang aku tak cakap tapi aku lukis gambarnya

Aku suka tengok dia
dia manis
lawa
comel
cantik
tak tau la bagi orang lain
bagi aku macam tulah
kalau aku suka seseorang
aku tak pandai nak mengorat
aku cuma tau bagitau orang lain je
bukan aku beritau dia
kadang-kadang sampai dia tahu
aku diam jela
tapi sejak hari tu
dia senyum kat aku
aku pun senyum la balik
tu jela
kisah tu dah berlalu lama
dia dah ada boifren
ala aku suka tengok dia je
sebab dia sempurna bagi aku
di zaman kolej dulu.
Sekarang aku dekat Unisel
aku mahu memulakan sesebuah lukisan
aku dah minat tengok seseorang
berbanding gadis yang aku suka dulu
perangai dia gila-gila tapi pendiam bila kat kelas
yang kali ni pula bila serius dia pulak yang melenting
dah sifat semulajadi dia macam tu aku tersenyum jela
asalkan dia bahagia..

Kalau dah suka, aku lukiskan wajahnya dan lekatkan di papan kenyataan bilik ku~

Monday 18 July 2011

Semester 2 Unisel, Main bola dalam hostel?

Aku balik je dari amik jadual kelas aku
tup tup bukak pintu


tiba-tiba ada Fifa World Cup
main bola dalam hostel?
Apa kejadahnya?
Kompem la dak-dak rumah aku ni dah bosan
sampai hostel pun boleh adekan perlawanan persahabatan bola
jadi semua pemain handal sampai tak memusnahkan hostel sendiri
bergaya dan efisyen permainan diorang ni
kompem skuad harimau muda nak amik diorang (nak ke?)
haha
kadang-kadang benda tak masuk akal
pun boleh masuk akal
jadi buat la benda yang tak masuk akal positif
dan benda tak masuk akal negatif
dibuang jauh-jauh ke antartika sana..
Chil :)

Sunday 17 July 2011

Unisel Hostel Wifi Sudah Di Aktifkan

Balik Unisel nak try la Wifi dia yang dah siap
dapat maklumat baru modem tu kena curi
kenapa pulak la diorang nak curi modem tu?
Aku pun pelik la
oleh kerana manusia pencuri tu
kitorang hostel lelaki tak boleh nak on9
hostel perempuan ada wifi
dan masih selamat Alhamdulillah
kalau aku target pencuri yang curi tu lelakilah
kecewa la sikit yang di harap sem lepas
sem ini menunggu lagi
teruk betul
rasa sangat teruk
aku bukan marahkan sistem wifi unisel ni
aku geram dengan sikap teruk pencuri itu
kenapa mencuri?
Apa yang dia dapat dengan mencuri modem tu?
Dapat jadi jutawan ke?
Hanya Allah yang tahu..
Aku berdoa agar dipulihkan kembali
Wifi di hostel lelaki di unisel ini
Amin ya robbal alamin

Dalam dunia ni kalau dah miskin ada benda lagi yang  kita kaya dalam diri cari bukannya mencuri ya, ini adalah salah satu tabiat buruk yang patut pra-pencuri elakkan, Saya doakan agar pencuri ini insaf.

Bayangkan kalau kita mencuri selalu satu hari kita mendapat balasan kemalangan tangan hilang, bukan saya ingin menakutkan korang (pencuri) cuma menasihati dan mengingati sesama Muslim/Islam hanya Maha Esa sahaja yang tahu apa yang terjadi seterusnya Wallahhualam.. Chill :)

Saturday 16 July 2011

Selamat pulang ke Unisel

Hari demi hari
masa ke masa
perjalanan waktu nampak slow tapi laju
dah masuk semester 2 dah sekarang
aku mengambil bidang perdidikan pre-school
aku ketua kelas kumpulan 1
tup tup mereka pilih aku
yang sebelum ni tak ada pengalaman
jadi permulaan pengalaman itu sangat mencabar
sampai kadang-kadang kena maki
tapi aku tak takut yang penting hadapi
aku tak sembunyi
kalau ada masalah aku berbincang
aku sudah semakin dewasa dan boleh berfikir
sem panjang ini aku belum ketahui statusnya
kelas aku bermula esok Isnin
situasi ini perlu ku tempoh jua
demi masa depan aku kelak di hari esok
apa yang aku harap dari mereka
agar memahami yang aku
aku bukan mengungkit
aku juga manusia biasa
ada kelemahan
ada ketabahan
kadangkala serius
dan berjenaka
aku nak minta maaf kepada korang
jikalau kepimpinan ini lemah
jikalau mahu lagi dipimpin dengan baik
sokonglah aku
bangkitkan semangatku
agar aku tidak mudah berputus asa

Terima kasih-kasih kawan-kawan kerana masih setia bersahabat denganku, semoga Allah berikan ganjaran yang baik ke dalam kehidupan korang semua Amin..