THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, 20 January 2012

List Im got Crunch with..

Aku tahu bab cinta setelah aku melanjutkan persekolahan aku dekat Sekolah Menengah

1. Zhalika (Form 1)
2. Sarah (Form 1 & 2)
3. Fiza (Form 3)
4. Shahirah (Form 4)
5. Damia (Form 5)
6. Fifah (Age 20 Setelah 2 tahun menyepi tanpa Crush)

Crush in Unisel coming soon~ (Sori tak leh cite sekarang, mungkin nanti) ^_^

P/S: Dalam kurungan itu ialah ketika aku berumur..

Monday, 16 January 2012

Ciri-Ciri Gadis@Pedamping Hidup@Bakal Isteri

1. Kulit putih.
2. Mata bujur. (Jenis terang)
3. Rambut lurus (Kalau boleh ikat getah baru nampak kemas) <Untuk bakal bini/isteri>
4. Pakai tudung (Semestinya ini suruhan Islam)
5. Badan tidak terlalu kurus dan juga tidak terlalu gemuk (Dalam bahasa Inggeris: Chubby)
6. Pandai Masak
7. Pandai Jahit
8. Ceria dan Suka Senyum
9. Bijak dalam meberikan nasihat
10. Ambil berat (Jaga kesihatan dan makan minum)
11. Suka peluk (Masa kahwin nanti)
12. Saling hormat menghormati
13. Dengar kata
14. Bertolak ansur

Bak kata lagu Nasyid tu: Wanita Solehah~ Penyejuk Mata :)
P/S: Kalau Allah tidak menentukan ciri-ciri ini saya Redha, terima seadanya ^_^

Sunday, 15 January 2012

Semester 4 Teruskan atau Extend?

Aku ni manusia biasa, kadangkala ada masa dia ok, ada masa dia meradang


Tipulah kalau aku hari-hari senyum kat orang aku xde masalah, sebenarnya ada.

Jadi orang utama dalam kelas tidaklah seteruk mana cuma jikalau salah erti pada beberapa orang (itulah yang sering tidak mahu terjadi).


Salah faham atau tidak boleh terima kenyataan menjadi tanda tanya kepada aku, rupanya manusia ni lain-lain, ada yang dia suka, ada yang dia tak suka. Ada yang rajin dan ada yang malas (buat kemudian). Ada yang boleh jadi benci terus (Dalam keluarga pun ada sesetengah macam tu) tidak sedaplah dapat berita macam tu kan.

Kan elok tegur menegur, sebelum ni aku ada buat salah, kawan aku tegur. Aku suka kawan yang macam tu Alhamdulillah. Jadi tegurlah orang itu sebaik mungkin InsyaAllah dia akan menerima dengan baik (atas dia yang harus fikir tentang hal itu).

Kan lebih elok bermaaf-maafan, dan keadaan akan menjadi elok semula. Dan lupakan perkara lalu, perkara lalu yang selalu difikirkan ialah godaan Syaitan untuk menyuruh kita anak Adam musuh memusuhi, jadi bersalaman dan lupakan perkara lalu (Jangan tunggu hari raya bro/sis!).

Aku rasa dah lari topik dah aku ni. Ok semenjak aku jadi Ketua ni memang aku tak boleh lari dengan tugasnya itu dan ini. Sampai satu tahap iaitu dalam bahasa inggeris dipanggil "STRESS". Ya.. Tahniah kerana ia berjaya membuat diri ini tekanan jiwa, even hampir luluh hati ini dengan tugas yang mendatang, tapi jiwa kata tabah-tabah (Sampai bila?) lambat lagi aku nak habis kat sini.


Jadi aku mengambil keputusan muktamad aku, Sem depan kan Sem pendek, fikiran ku berkata: EXTEND! EXTEND! EXTEND. Dengan ke-Extend-nan aku bolehlah berehat sebentar dari belajar ni. Tapi lambat la habis, tidak mengapalah asalkan aku nak hilangkan stress aku ni.

So adakah Sem 4 ni aku Extend, tunggu....