THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 15 January 2012

Semester 4 Teruskan atau Extend?

Aku ni manusia biasa, kadangkala ada masa dia ok, ada masa dia meradang


Tipulah kalau aku hari-hari senyum kat orang aku xde masalah, sebenarnya ada.

Jadi orang utama dalam kelas tidaklah seteruk mana cuma jikalau salah erti pada beberapa orang (itulah yang sering tidak mahu terjadi).


Salah faham atau tidak boleh terima kenyataan menjadi tanda tanya kepada aku, rupanya manusia ni lain-lain, ada yang dia suka, ada yang dia tak suka. Ada yang rajin dan ada yang malas (buat kemudian). Ada yang boleh jadi benci terus (Dalam keluarga pun ada sesetengah macam tu) tidak sedaplah dapat berita macam tu kan.

Kan elok tegur menegur, sebelum ni aku ada buat salah, kawan aku tegur. Aku suka kawan yang macam tu Alhamdulillah. Jadi tegurlah orang itu sebaik mungkin InsyaAllah dia akan menerima dengan baik (atas dia yang harus fikir tentang hal itu).

Kan lebih elok bermaaf-maafan, dan keadaan akan menjadi elok semula. Dan lupakan perkara lalu, perkara lalu yang selalu difikirkan ialah godaan Syaitan untuk menyuruh kita anak Adam musuh memusuhi, jadi bersalaman dan lupakan perkara lalu (Jangan tunggu hari raya bro/sis!).

Aku rasa dah lari topik dah aku ni. Ok semenjak aku jadi Ketua ni memang aku tak boleh lari dengan tugasnya itu dan ini. Sampai satu tahap iaitu dalam bahasa inggeris dipanggil "STRESS". Ya.. Tahniah kerana ia berjaya membuat diri ini tekanan jiwa, even hampir luluh hati ini dengan tugas yang mendatang, tapi jiwa kata tabah-tabah (Sampai bila?) lambat lagi aku nak habis kat sini.


Jadi aku mengambil keputusan muktamad aku, Sem depan kan Sem pendek, fikiran ku berkata: EXTEND! EXTEND! EXTEND. Dengan ke-Extend-nan aku bolehlah berehat sebentar dari belajar ni. Tapi lambat la habis, tidak mengapalah asalkan aku nak hilangkan stress aku ni.

So adakah Sem 4 ni aku Extend, tunggu....

0 comments: